Tuesday, 25 October 2011
Hepi Deepavali
Boring?boringla juga..x de plan gi mana2 depavalli ni..kwn india pun x ramai..ada la 2 org je yg sambut deepavali..tu pun diaorg celebrate kat kg..ahh..dah cuti camni x tau lak nak wat apa..suami ajak pegi pasar..tp berat hati nak gi memandangkan harga ayam dah naik(cepat aje pemborong ni naikkaan harga bila dgr kakitangan kerajaan nak naik gaji,jelesla tu)nak boikot.. aku mmg suka mkn ayam..pas ni kena cari ikan kecik2 je,mkn sayur byk..jimat sikit..hari ni tekak aku teringin pulak nak mkn asam pedas ikan duri,sembilang atau seangkatan dgnnya,tp suami aku x suka ikan2 ni..dia kata hanyir,geli..tu sbb jarang masak kat rumah,kalau nak mkn aku kena cari kat luar (tp selalunya x leh telan sbb kebanyakkan org masak x sedap,berbau..yg pandai masak lauk ni mak aku ngn aku je..hehe..)Ohh..suami aku dah ajak pegi pasar..dia asyik jeling je aku dari td sbb x bangun2, mengadap laptop ni..ok,bye..
DUGAAN SEORANG GURU
Macam biasa setiap pagi aku akan terpacak di depan pintu pagar sekolah,memerhati karenah dan ragam pelajar2 yang berbagai2..tapi aku suka dan terhibur,walaupun adakala aku diperhati oleh pelajar dgn muka tidak puas hati dan x umpamakanku..tapi itu semua aku anggap dugaan..pernah suatu hari aku dimarahi oleh seorang ibu pelajar yang x senang melihat aku sentiasa didepan pintu pagar kerana katanya aku membuatkan anaknya takut untuk masuk ke sekolah..ye ke..mcm tu..kalau x de salah apa2 buat apa nak takut..sabar jelah..dan pernah juga aku ditegur oleh seorang ibu pelajar yg tak berpuas hati kerana mendenda anaknya (kutip sampah) atas kesalahan datang lambat..pukul 8.00 pagi tu.. katanya denda seperti itu menjatuhkan maruah anaknya..hai,ibu bapa..tahukah kalian apa yg tersirat disebalik denda tu..kan dpt mengajar anak mu lebih bertanggung jawab dan sukakan kebersihan..(untuk makluman..guru2 sekarang termasuk guru disiplin dilarang merotan pelajar,setiap kesalahan akan direkodkan didlm e-disiplin,lebih dari 3 kali kesalahan baru jadi kesalahan berat..itu pun kuasa rotan hanya pd pengetua dan PKHEM)guru2 disiplin sekarang kena guna psikologi..apa tu,caring and friendly..takut cikgu nanti kena saman..dlm ramai2 cg aku yg paling x reti guna pendekatan ni..pelajar kata aku garang,tp aku rasa aku penyayang..hehe..tapi apa aku kisah,aku buat semuanya Lillahi Ta'ala..demi anak bangsa dan sayangkan pelajar2 ku..
Monday, 24 October 2011
Ke Genting bersama pelajar2 PMR..
Pada 17 Okt 2011,jam 11 malam ,rombongan kami telah berlepas ke Genting Highland..aku sememangnya belum pernah menjejaki kaki ke sana..rasa teruja tu mmg tak dpt dinafikan..tiba disana jam 5 pagi,kami rehat,solat subuh dan sarapan..baru tiba di kaki bukit sejuknya sampai menusuk ke tulang,mmg sejuk dan nyaman..kami naik kabel car utk sampai ke puncak..kecut perut,gayat semua ada tp lebih teruja melihat keindahan dan kehebatan Allah menjadikan alam..yg kelakarnya pelajar2 ku berzikir ramai2..Alhamdulillah,tiada kejadian2 yg buruk berlaku..pelajar2 ku pandai bawa diri (sebenarnya sudah di tazkirah sebelum berlepas,no couple2,jaga adab sopan,berpakaian sopan dan bla..bla..) tiba kat taman theme cuba jg naik roller coster (tu pun setelah dipaksa2 oleh rakan2)..oh tidak,aku rasa tulah kali terakhir aku naik kot..nak termuntah hijau aku dibuatnya..byk juga game x main sbb tutup utk proses pembaikkan..masa byk terbuang krn menunggu giliran naik go-kart.. sakit hatinya sbb dpt kereta yg lembabnya thp gaban..2,3 org pelajar aku potong aku,geram juga sbb sebelum tu aku ajak diaorg lumba..sbb aku tau mmg aku yg akan menang..dah ditakdirkan begitu..hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)
